20 February 2019

"RASANYA SEMAKIN DEKAT" - FASHA SANDHA MOHON DOAKANNYA BERHIJAB


Menerusi komen yang dibalas kepada pengikutnya di laman Instagram (IG), pelakon Fasha Sandha telah meluahkan hasratnya untuk berhijab dan merasakan dia semakin hampir untuk berbuat demikian.





Di entri terbabit, Fasha yang bertunang dengan pelakon Aidil Aziz pada 18 November tahun lalu dan bakal bernikah tidak lama lagi itu berkongsi sekeping foto throwback yang diambil ketika perkahwinannya yang terdahulu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan Fasha dan mendoakan kesejahteraan hubungannya bersama bakal suami.

Klik untuk gambar besar


Lebih menarik perhatian, seorang netizen mencadangkan Fasha untuk berhijab dan dia sendiri membalas komen individu terbabit.

"Cantik sangat, berhijab lagi cantik menawan," tulis netizen. - "Doakan saya ya, rasanya semakin hampir saat itu, Insya-Allah, Amin," balas Fasha.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: