20 February 2019

RESORT MEWAH JUMEIRAH AL WATHBA - NEELOFA TAK SANGKA DAPAT MENGINAP


"Tujuan saya ke sana adalah untuk menjalani sesi penggambaran. Tidak sangka pula diberi layanan untuk tinggal di resort semewah ini.





"Lebih istimewa, saya diberi kesempatan untuk menghadiri majlis perasmian resort sekitar tiga hari lalu," demikian tulis pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa menerusi laman Instagramnya.

Selepas diberi peluang menjadi individu ketiga menginap di resort The Muraka yang terletak di Kepulauan Maldives, sekali lagi Neelofa menjadi antara individu terawal untuk merasai kehebatan resort mewah Jumeirah Al Wathba Resort & Spa di Abu Dhabi.

Klik untuk gambar besar


Pengacara program 'MeleTOP' itu juga dijemput untuk menghadiri majlis perasmian resort berkenaan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menurut Neelofa, tujuan asalnya ke Abu Dhabi adalah untuk menjalani sesi penggambaran. Namun tidak disangka pula dijemput untuk merasai sendiri kemewahan dan kecantikan resort tersebut.

Memang bertuah sangat-sangat Neelofa nie!!! Untungnya menjadi seorang manusia yang bernama Neelofa. Nampaknya tahun 2019 juga bakal menjadi satu tahun yang penuh dengan rezeki buat Neelofa. Semoga nama Neelofa akan semakin mekar di peringkat antarabangsa. Sama-sama kita doakan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: