20 February 2019

SARI YANTI: "TERIMA KASIH.... SEMAKIN BAIK & SEKARANG TENGAH BERPANTANG"


Menerusi entri terbaru di laman Instagram, pelakon Sari Yanti telah berkongsi keadaan terkini kepada pengikutnya yang risau dengan kesihatan dirinya dan mengakui bersyukur apabila ramai orang memberikan kata-kata semangat kepada dirinya selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.





"Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak nak ucap kan terima kasih atas kiriman doa-doa yang baik dan kata-kata semangat buat kakak dan keluarga. Kakak doa kan kebaikan untuk semua juga. Amin Ya Allah.

"Keadaan Kakak semakin baik dan sekarang tengah berpantang. Lain-lain semua ok kecuali Dariya tak mau minum dari botol balik 😩," katanya.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen, rata-rata berharap agar Sari mendapat rehat yang cukup dan mendoakan kesihatannya.

Untuk makluman, Sari telah menjalani pembedahan Isnin lalu selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.

Sari dan suaminya pelawak Jep Sepahtu telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro gempak & Instagram Sari Yanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: