20 February 2019

MUATNAIK FOTO SEPARUH BOGEL - IQRAM DINZLY DIMINTA PERGI BERUBAT


Bagi sesiapa yang mengikuti laman Instagram Iqram Dinzly, pasti akan perasan sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan pelakon tersebut. Namun mungkin ada sisi Iqram yang kita tidak ketahui di dunia sebenar.





Terbaru, satu gambar yang menunjukkan dirinya separuh bogel dengan patung beruang di celahan kangkang telah membuatkan netizen mengecam sambil menasihati beliau. Selepas menerima kecaman, Iqram telah memuatnaik semula foto terbabit tetapi telah diedit dengan beberapa titisan air serta tangan.

"Ok Ok ... Oleh kerana terlalu banyak #NetizenMunafiq jadi aku #EDIT supaya #AURAT aku tidak kelihatan. Tapi jangan pula jadikan bahan berkicap dalam toilet pula sebagai bahan.

"Ohya, cantiq tak tatoo air 💦 yang bakal aku nak buat kat tuboh seksi igaun Jantan Berselindung disebalik mimpi kempunan.

"What say you wahai #netizen yang bijak dan amat terlajak kepandaian? Nantikan sabun keluaran khususnya buat jantan jantan yang kuat #capmelan! 💪✊💦🙄👍 Tranformasi @iqdinzly bakal jadi kejutan buat #anakmuda yang tiada haluan! #CallMECHIQ," tulis Iqram selepas mengedit foto terbabit.

Klik untuk gambar besar


Amat menyedihkan melihat apa yang sedang dilalui oleh Iqram sekarang ini. Walaupun telah dikecam sebelum ini, ternyata Iqram terus menerus memuatnaik status dan gambar yang mampu mencetuskan provokasi daripada para peminatnya.

Apapun, kami respek dengan sesetengah netizen yang meminta Iqram pergi berubat. Sekurang-kurangnya dapatkan kaunseling pun sudah bagus sebelum keadaan dirinya menjadi semakin parah.

Diharap ada pihak-pihak persatuan artis yang sudi membantu Iqram. Semoga ada juga kawan-kawan Iqram yang pergi bertemu dengannya untuk menjadi pendengar kepada segala masalah yang sedang dihadapi.

Dalam keadaan sebeginilah Iqram memerlukan sokongan daripada segi mental, moral dan emosi. Sama-sama kita doakan agar Iqram Dinzly kembali menjadi seperti dahulu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Iqram Dinzly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: