20 February 2019
PERSIAPAN SEDERHANA - FASHA PENTINGKAN KEHIDUPAN & TANGGUNGKAWAB
"Setakat ini, tidak sampai 30 peratus persiapan dilakukan kerana saya memang sibuk dengan kerja lakonan. Lagipun saya berasakan, semua wanita yang pernah mendirikan rumah tangga atau berstatus ibu tunggal akan berfikiran sama dengan saya, iaitu lebih bersederhana jika berkahwin semula.
"Apa yang lebih penting adalah kehidupan dan tanggungjawab selepas perkahwinan, terutama dari aspek fizikal dan mental," kata pelakon Fasha Sandha yang mengaku bersederhana dalam membuat persiapan perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz, hujung bulan depan.
Menurut pelakon drama Lara Aisyah itu, dia sebaliknya lebih mengutamakan kehidupan dan tanggungjawab selepas bergelar isteri. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, 34, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid di kampung halamannya di Perlis.
Fasha bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci tarikh pernikahan dan persandingan mereka. Mengulas mengenai majlis pernikahan, Fasha berkata, ia akan berlangsung di masjid di kampung halamannya di Perlis.
Klik untuk gambar besar
"Ia diikuti majlis resepsi secara kecil-kecilan saja selepas majlis akad nikah dan dihadiri keluarga terdekat. Manakala, majlis resepsi yang berlangsung di sebelah pihak lelaki akan berlangsung secara besar-besaran, di Rembau, Negeri Sembilan.
"Maklumlah, ia perkahwinan pertama buat Aidil pastinya dia mahukan majlis lebih meriah," jelasnya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada November tahun lalu.
Untuk makluman, hasil perkahwinan dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli sebelum ini, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment