14 February 2019
SEPAKAT TAK HEBOHKAN PERKAHWINAN - MONA ALLEN BIMBANG TAK JADI
"Sebenarnya, kami sepakat untuk tidak hebohkan perancangan ini. Bukan apa, bimbang juga kalau tak jadi, lain pula ceritanya. Jadi, kami putuskan untuk beritahu kepada umum apabila sudah selamat bergelar suami isteri.
"Perhubungan kami sebelum ini bukan satu rahsia. Rakan dan orang sekeliling ramai sudah tahu kami bercinta," kata pelakon drama bersiri Monalisa iaitu Mona Allen, 34, yang bercerita mengenai kisah perkahwinannya dengan aktor Pekin Ibrahim.
Khabar pernikahan Mona dan Pekin menggegarkan dunia hiburan dan mengejutkan banyak pihak kerana ia tidak diketahui ramai. Tambah Mona, dia dan suami memilih untuk bersikap 'low profile'.
Klik untuk gambar besar
"Kami juga jenis tak berapa suka bercerita hal peribadi. Kami tak ambil kisah orang nak kata apa pun. Malah, apabila gambar pernikahan kami tersebar, tak terasa hati pun. Kami positif saja," ujarnya lagi.
Untuk makluman, Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen dan Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim selamat bernikah pada 7 Disember tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Mona Allen
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment