15 March 2019

ATIKAH SUHAIME: "SIAPA YANG TAK KECEWA... AKUR DENGAN KEPUTUSAN KELUARGA"


"Saya minta maaf dan berharap semua pihak memahami memahami situasi saya sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan apabila sudah bersedia nanti. Berikan saya sedikit ruang dan waktu, selain doakan yang terbaik buat saya.





"Siapa yang tidak kecewa, tetapi apa yang boleh saya katakan, antara kami tiada jodoh untuk bersama. Saya perlu akur dengan keputusan keluarga, malah menghormati Awi Rafael dan keluarganya.

"Hanya itu yang dapat saya katakan, selebihnya biar pihak lelaki yang memberikan jawapan," demikian kata pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime yang berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh keluarganya dan menerima tiada lagi jodoh antaranya dengan penyanyi Awi Rafael.

Buat masa ini, Atikah berharap orang ramai boleh memahami situasti beliau. Atikah minta diberikan sedikit ruang dan hanya akan memberikan penjelasan lanjut mengenai punca beliau tidak jadi berkahwin apabila sudah bersedia nanti.

Segala persiapan sudah dilakukan dan tinggal hanya beberapa hari sahaja menjelang tarikh pernikahan, namun impian untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan pada saat akhir, sebagai seorang manusia biasa, tentunya Atikah sangat sedih dan kecewa apatah lagi pelbagai spekulasi mula timbul.

Klik untuk gambar besar


Memang bukan mudah untuk menelan segala rasa pahit dan kecewa apabila impian untuk berkahwin tidak kesampaian, tetapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Untuk makluman, Atikah dan penyanyi Awi atau nama lengkapnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Awi menerusi laman Instagramnya, pagi semalam, mengumumkan terpaksa membatalkan majlis pernikahan mereka atas sebab tertentu. Tanpa memberikan sebab majlis pernikahan yang dirancang di Singapura tidak dapat diteruskan, Awi turut meminta semua pihak memahami situasi yang dilalui dan menghormati keputusan dibuat.

Menerusi muatnaik terbaru, Atikah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 hari ini sedih kerana impian untuk mendirikan rumah tangga pada Ahad ini (17 Mac 2019) tidak tercapai.



Menurut Atikah ia telah menjadi pengajaran dalam hidupnya supaya tidak merancang untuk berkahwin pada tarikh yang dekat dengan sambutan hari lahirnya. Ini kerana, ia bakal menjadi sesuatu yang akan diingati hampir setiap tahun apabila menyambut hari jadinya.

"Lesson learnt never decide to plan a wedding to celebrate your birthday, for you will suffer each time birthday comes if something like that happened," tulisnya

Menerusi posting tersebut, dia meraikan hari jadinya bersama sebiji kek. Namun Atikah tidak menggambarkan kesedihannya ketika sambutan hari jadinya itu, sebaliknya masih boleh tersenyum.

Sementara itu, menerusi InstaStory, Atikah telah berkongsi gambar baju perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung minggu ini namun telah dibatalkan pada saat akhir.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Hlive, Instagram Atikah Suhaime


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: