14 March 2019

TAHNIAH - MAWAR RASHID & SHAKILLA KHORIRI SELAMAT BERSALIN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pelakon wanita iaitu Mawar Rashid dan Shakilla Khoriri yang telah selamat bersalin anak sulung mereka. Berita gembira tersebut dikongsi oleh suami mereka masing-masing menerusi laman Instagram.





Pelakon Raf Yaakob memaklumkan bahawa isterinya, Mawar selamat melahirkan bayi mereka pada pukul 11.33 malam semalam (Rabu). Raf mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya serta bayi.

"Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan.

"Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya? Insyaa'Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan 🤲🏽 Boy or Girl? Wait for my next posting k ☺️," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Raf dan Mawar serta mendoakan kesihatan anaknya itu.

Untuk makluman, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.



Manakala Shakilla pula selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada jam 11.30 pagi tadi. Menurut suaminya yang merupakan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, dia bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung itu dan bakal mendedahkan wajah puteri mereka dalam masa terdekat.

"Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik buat Killa dan sabar. Insya-Allah dalam masa terdekat akan tunjuk wajah bayi. Tapi awal-awal ni kita simpan dulu. Biar betul-betul buat kejutan," katanya kepada Astro Gempak.

Fizi memberitahu dia kini memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang bapa, lebih-lebih ;agi membesarkan seorang anak perempuan.

"Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan. Bila dah jadi bapa ni saya fikir tanggungjawab lebih besar. Lagi-lagi orang cakap dapat anak perempuan ini, tanggungawajabnya lain sedikit. Harap dapat doakan yang terbaik untuk kami," tuturnya yang mendiri rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Raf Yaakob, Mawar Rashid, Fizi Ali & Shakilla Khoriri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: