23 March 2019

BELUM KAHWIN, HAMPIR SEDEKAD BERCINTA - INDIVIDU MINTA SHIHA PUTUSKAN


"Saya bagaimanapun amat bersyukur kerana mempunyai kekasih yang sangat memahami kerjaya seni saya. Dia juga tidak mudah melatah apabila berdepan dengan pelbagai ragam orang di sekeliling.





"Apabila individu terbabit meminta saya memutuskan perhubungan kami, Arul pula yang tergelak besar. Berasakan permintaan itu sebagai sesuatu yang lucu, dia langsung tidak mengambil serius mengenainya. Saya akui, memang sukar untuk menemui insan yang cukup memahami seperti dirinya.

"Jadi, saya amat bertuah apabila ditemukan dengannya," ujar penyanyi Shiha Zikir yang mendedahkan ada pihak memintanya memutuskan perhubungan gara-gara belum berkahwin walaupun sudah hampir sedekad bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Arul.

Klik untuk gambar besar


Shiha, 32, berkata lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit membuat permintaan berkenaan secara terangan-terangan di hadapan kekasihnya.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Shiha berkata, ketika ini masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

"Semestinya kami ada perancangan ke arah itu, tetapi bukan sekarang. Saya tidak mahu pengalaman sebelum ini berulang. Kononnya mahu berkahwin pada hujung tahun, tetapi tidak juga kesampaian," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Shiha Zikir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: