15 March 2019

BUAT LAWAK ISU KIMIA DI JOHOR - SYUK DIKECAM, TAMPIL MOHON MAAF


Menerima kecaman daripada netizen selepas didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk dan mangsa pencemaran bahan kimia berbahaya di Pasir Gudang, Johor, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar tampil memohon maaf dan menerima setiap teguran sebagai pengajaran untuk beliau memperbaiki kekurangannya.





"Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak. Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

"Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera," katanya.

Terdahulu, ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, Shuk yang juga salah seorang penyampai Geng Pahit Hot di stesen radio Hot FM membuat lawak 'hambar'.

Klik untuk gambar besar


Kata-kata Syuk berbunyi, "Kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti", membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu. Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.

Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: