15 March 2019

PERBETULKAN KENYATAAN AWI - BAPA ATIKAH AKUI DIRINYA YANG BATALKAN


Sehingga kini masih lagi kecoh mengenai pernikahan antara pelakon Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung Ahad ini (17 Mac 2019) dibatalkan secara tiba-tiba.





Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael menerusi kenyataan video di laman Instagram menegaskan bahawa dia terpaksa menarik diri dan membatalkan perkahwinan.

Namun menerusi ruang komen di laman sosial sebuah portal, bapa kepada Atikah iaitu Suhaime Jamali menegaskan bahawa pernikahan ini dibatalkan oleh pihaknya.

"Saya bapak Atikah Suhaime nak perbetulkan majlis bukan Awi batalkan tapi saya yg batalkan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Ulasnya lagi, Awi dan keluarga tidak dapat menerima kenyataan lantas mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Awi tak dpt terima bila saya batalkan majlis demi utk kebaikan masa depan anak saya. Yes dia n family tak blh accept I do what I hv to do this is for my daughter future," katanya.

Netizen turut mempersoalkan tindakan awi dan menyatakan lelaki itu seperti memburukkan keadaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: