19 March 2019

DIKRITIK BERKACA MATA BESAR DI MAJLIS AAFIYAH - CHE TA KECEWA, JELASKAN


Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Rozita Chewan atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah menerima kritikan gara-gara dirinya berkaca mata hitam pada majlis hari jadi pertama anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.





Che Ta dikritik 'over' atau keterlaluan kerana memakai kaca mata hitam di lokasi acara, iaitu di dewan keraian di sebuah hotel, bukannya di taman atau kawasan terbuka.

Ada yang melihat gaya Che Ta pelik dan tidak kurang juga yang menghentam isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sengaja mahu mencari publisiti murah. Bertanya perkara itu kepada Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini kecewa dengan sikap segelintir netizen.

Tidak hanya berdiam diri, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan beliau terpaksa memakai cermin mata hitam kerana sakit mata.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya, sudah beberapa hari saya sakit mata. Namun, disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Siti selain menghormati jemputan, saya penuhi juga.

"Saya memang berbesar hati hendak memeriahkan majlis. Cuma, sebelum pergi, saya memikirkan bagaimana mahu memenuhi jemputan dengan mata yang sakit. Hinggalah teman baik saya menyarankan memakai cermin mata gelap.

"Saya tahu, mungkin ada yang rasa janggal saya bergaya begitu. Tidak mengapa, apa yang penting, Allah tahu niat saya... Maafkanlah netizen (yang melempar kritikan)," jelasnya.



Hadir bersama anak dan suaminya pada majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah, Che Ta mengaku kadang kala pelik dengan sikap netizen.

"Cuba kalau ada artis lain melaram dengan memakai cermin mata gelap di acara anugerah pada sebelah malam... Ada tak yang cakap itu dan ini?" katanya.

Berkongsi gelagat anaknya ketika menghadiri majlis hari jadi Siti Aafiyah, Che Ta berkata: "Lucunya, apabila disebut mahu ke majlis hari jadi Aafiyah, Aaisyah agak kebingungan. Tapi apabila disebut majlis hari jadi anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru dia kenal".

Fesyen yang digayakan oleh Che Ta sering kali menjadi buah mulut ramai. Biasalah, sebagai selebriti memanglah apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai kritikan. Bersabarlah je lah Che Ta.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Beautifulnara & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: