19 March 2019

ZUL ARIFFIN MAHU GADIS BIASA JAGA KERJAYA, BUKAN MENJAHANAMKAN


"Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi. Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya. Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan. Sebab itulah saya mahu mencari gadis biasa.





"Saya mahu pergi dan pulang kerja dengan tenang, tidak serabut dengan masalah peribadi," kata pelakon Zul Ariffin yang mengakui tidak mahu lagi merancang soal jodoh, sebaliknya memberitahu dia mahukan bakal isterinya dikalangan gadis biasa yang mampu menjaganya dengan baik dan juga kerjayanya.

Sudah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, pelakon berbadan sasa itu tidak berputus asa untuk mencari cinta sejati dan membina keluarga sendiri suatu hari nanti. Tambah Zul, dia mahu tumpuannya terhadap kerjaya lebih baik selepas berkahwin.

Dalam masa sama, hero filem 'Misteri Dilaila ini menyimpan angan-angan melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah. Bagaimanapun, Zul, 33, memberitahu, ia sekadar impian kerana gadis yang bertakhta di hati, belum ditemui.

Klik untuk gambar besar


"Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.

"Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.

"Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang. Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama," katanya.

Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Pastinya satu hari nanti Zul akan bertemu juga dengan suri hidupnya. Apa pun, pasti ramai peminat tidak sabar melihat pelakon lelaki kesayangan mereka ini mempunyai teman hidup dan berkahwin.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zul Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: