19 March 2019

DIBENAR PULANG HARI INI - MAWAR & SUAMI DEDAH WAJAH ANAK, RAFAEL


Menerusi laman Instagram, pelakon Raf Yaakob mengesahkan isterinya, aktres Mawar Rashid dan bayi mereka, Raden Muhammad Rafael dibenarkan pulang hari ini selepas lima hari ditahan di hospital.





Melihat entri tersebut, Raf berkongsi fotonya bersama Mawar dan dua anaknya itu. Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef, Fazley Yaakob itu memberitahu, bayinya ditahan kerana demam kuning atau jaundis.

"Baby @radenrafaelraf, your brother @radenrayyanraf and sister @raysaachanelaraf came to visit you. But they can't see you cos you were in nursery, down with jaundice.

"But petang tadi (semalam - 18 Mac 2019) Rafael ok dah. Jadi Insyaa'Allah esok nak keluar hospital dah! Can't wait to see their reactions when they meet Rafael for the first time tomorrow! 😬," tulis Raf.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikutnya gembira dengan berita itu dan berharap agak ibu dan bayi yang dilahirkan pada 13 Mac lalu itu berada dalam keadaan sihat.

Untuk makluman, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: