19 March 2019

KINI DI TANAH SUCI - EMMA MAEMBONG TUNAI UMRAH BERSAMA AYAH & KAKAK


Baru-baru ini, pelakon Emma Mamembong telah berangkat dan kini selamat tiba ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama ayah dan juga kakaknya, Coddy Maembong.





Berita itu dimaklumkan olehnya serta kakak, pelakon Yaya Maembong menerusi akaun Instagramnya masing-masing. Menerusi perkongsian di entri terbaru Yaya, dia mendoakan agar segala urusan Emma dan keluarganya dipermudahkan.

Manakala muatnaik terkini di laman Instagram Emma pula, dia berkongsi foto terbaru bersama ayah. Melhat pada gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan Emma sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar


"Selamat menunaikan umrah ayahnda tercinta @emma_maembongofficial @coddy_maembong @qalam_ismail. Semoga dipernudahkan segalanya. Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kepada agama tauhid yang benar dan kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu di mana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah.

"Moga umrah ini dapat mengenal diri sendiri dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah, membimbing kita dalam aktiviti keagamaan untuk mengajar erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah. Doakan kami sekeluarga menyusul tahun depan ya,” tulisnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Emma Maembong, Yaya Maembong, Coddy Maembong & @qalam_ismail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: