19 March 2019

BEKAS PEMANDU GAGAL MOHON MAAF - CHE TA NEKAD AMBIL TINDAKAN TEGAS


Selepas bekas pemandu peribadinya itu gagal tampil membuat permohonan maaf seperti dituntutnya dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada Jumaat lepas, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan.





Dalam sidang akhbar yang diadakan Jumaat lalu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 46, memberi tempoh sehingga pukul 6 petang pada hari tersebut kepada Muhammad Riduan Mohamad Mizol untuk membuat permohonan maaf berikutan tindakannya menabur fitnah berkaitan isu pembayaran gaji yang ditimbulkan dalam laman sosialnya sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon drama 'Kiah Pekasam' itu sudah menghantar notis tuntutan bertarikh 11 Mac kepada Muhammad Riduan, 21, yang mengandungi beberapa tuntutan antaranya, meminta lelaki itu menghentikan perbuatan fitnah dan memadam sebarang gambar atau kenyataan berunsur fitnah.

Dalam tempoh 48 jam selepas notis itu diberi, Muhammad Riduan diminta membuat jaminan dan aku janji bertulis bahawa tidak akan mengulangi penerbitan atau kenyataan fitnah yang serupa, selain membuat permohonan maaf dalam laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Riduan juga diminta hadir ke sidang akhbar berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Malangnya dia gagal memunculkan diri. Jelas Che Ta, pihaknya memberi peluang terakhir kepada Riduan untuk tampil membuat permohonan maaf kerana mahu isu tersebut diselesaikan dengan cara baik.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Negara kita ada banyak jenis undang-undang tetapi saya dan peguam dari CSQ Law Advocates & Solicitors sudah berbincang untuk membuat tuntutan sivil. Tuntutan tersebut akan dilakukan pada hari Isnin depan.

"Saya akui berasa kecewa, sedih, tertekan dan malu apabila membaca komen netizen dalam laman sosial yang kebanyakannya mencaci saya, sedangkan mereka tidak tahu kebenaran. Kontroversi ini adalah yang paling teruk pernah terjadi kepada saya.

"Bukan sahaja menjejaskan nama dan reputasi, malah turut memberi impak pada perniagaan yang diusahakan. Dia perlu ingat, tindakan yang dilakukannya ini bukan sahaja memberi kesan terhadap saya seorang, tetapi juga kepada pekerja lain," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: