19 March 2019

BILA KEK BIRTHDAY BENTUK DURIAN & PETAI EINA AZMAN JADI PERHATIAN


Pelakon Datin Paduka Eina Azman yang baru saja menyambut hari kelahiran yang ke-24 itu telah berkongsi foto kek hari lahir dan ia menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, kek ibu kepada anak si kembar sepasang itu memang lain daripada yang lain iaitu ukiran buah durian dan petai.





Menerusi laman Instagram, Eina memberitahu kek tersebut ditempah oleh suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan kakaknya. Apa yang lebih menggembirakan, ukiran kek istimewa itu merupakan buah dan ulam kegemarannya.

"Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from @sweettoothville, cake durian and petai (two of my favorite food!). Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake!

Klik untuk gambar besar


"Yg penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi! If you guys nak order cake, do hit them up ok. Whatever design/character you like on your cake, they can make it happen 😍," katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji keunikan kek tersebut serta turut mengagumi sikap Eina yang sentiasa merendah diri. Kata netizen lagi, Eina bukan sahaja memilik rupa paras yang cantik, malah memiliki hati yang baik dan rendah diri walaupun kaya.

Untuk makluman, Eina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser pada pada 31 Ogos 2014. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan sepasang cahaya mata kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Eina Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: