29 March 2019

HADIAH ISTERI: ENGGAN IKUT SARANAN INDIVIDU - FIZI ALI DIKATA BERLAGAK


Gara-gara menghadiahkan isterinya, pelakon Shakilla Khoriri sebuah telefon pintar yang sedang berpantang selepas bersalin anak sulung mereka, tindakan penyampai radio Suria iaitu Fizi Ali telah disalahertikan oleh segelintir pengikut di laman Instagram.





Seorang pengikutnya menyifatkan hadiah yang diberikan Fizi tidak membawa sebarang manfaat selain menyarankan dia membeli barang kemas kepada isterinya.

Tambah individu itu, sekirannya suatu hari nanti dia mengalami masalah, Fizi boleh menggadaikan barang kemas isterinya untuk mendapatkan wang berbanding membeli telefon.

Pun begitu, saranan individu itu tidak dipersetujui oleh Fizi yang menyifatkan terdapat cara lain untuk mendapatkan wang ketika susah selain menggadai barangan milik isteri.

Klik untuk gambar besar


"Gadai barang kemas isteri? Ish tak sanggup la bro nak gadai barang isteri. Kan zaman sekarang dah ada simpanan macam-macam.

"KWSP, ASB dan insurans pun dah ada simpanan. Hadiah untuk isteri takkan kita nak gadai?" balas Fizi terhadap komen itu.

Bagaimanapun, jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap individu tersebut yang menyifatkan penyampai radio itu seorang yang berlagak dan tidak mendengar nasihat.



"Bro apa yang berlagak? Saya ajar awak. Jangan sesekali kita jual atau gadai barang kemas isteri, tu berlagak ke?" balas Fizi lagi.

Sementara itu, jawapan Fizi itu turut mendapat sokongan pengikutnya yang lain dan menganggap cadangan individu berkenaan sebagai mengarut dan mencerminkan keperibadiannya.

"Orang macam ni sah habis barang kemas isteri dia gadai. Awal-awal dah tolak jadi suami... Kebodohan apakah ini?

"Ini adalah contoh lelaki yang tidak guna... Awal-awal dah gadai barang isteri, entah-entah wang isteri pun kau kebas," antara komen pengikut Fizi mengenai kenyataan individu tersebut.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fizi Ali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: