30 March 2019

16 FOTO & VIDEO: SEKALI LAFAZ - FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ KINI SUAMI ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis sekitar pukul 8.45 pagi.





Pada majlis itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3 Malaysia dan telah berkongsi video akad nikah di IG TV3, Aidil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Manakala, majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.

Klik untuk gambar besar


Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Untuk rekod, Fasha dan Aidil terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Pastinya ramai peminat setia Fasha dan Aidil tidak sabar mahu menantikan majlis perkahwinan mereka.

































www.myartis.com / Sumber, foto & video: mStar, Astro Gempak & Instagram TV3


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: