30 March 2019

AL-FATIHAH - IBU MENTUA ZIELA JALIL DIJEMPUT ILAHI


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil memaklumkan berita duka dimana beliau telah kehilangan ibu mentuanya, Asmah Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir semalam.





Dalam status tersebut, Ziela yang kini berada di Maghribi meluahkan turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

"Allahu Akbar! Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ( انا لله وانا اليه راجعون) Allahummagh firlaha warhamha wa'aafihi wa'fu anha... Yaa Allah rezeki mak di jemput Allah hari jumaat penuh Barakah ini, semoga berbahagia lah mak dlm Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib...

"Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, Ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedihnya hati ini, Allah saja yg tau, tak dapat bersama memberi penghormatan terakhir buat mak😭. Doa ziela akan sentiasa bersama Mak Allahyarhama Asmah Binti Abdullah🌹 #ibumertuasayaterbaik #29Mac2019," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, anak Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah, turut berkongsi berita duka itu di laman Instagramnya, beberapa jam lalu.

"Saya bersyukur kerana dapat meluangkan masa tiga minggu untuk bertemu Opah, namun tidak menyangka ia saat terakhir bertemunya. Masih teringat masakan lemang Opah setiap kali raya, yang disediakan penuh kemas dan bersih.

"Opah mempunyai hati yang bersih dan suci serta sentiasa mengambil berat mengenai kami selepas abah sudah tiada. Apa yang pasti, abah sangat menyayangi Opah.

"Subhanallah... Beruntungnya Allahyarhamah dijemput pada hari Jumaat yang mulia. Semoga Allah menghapuskan segala dosa Opah dan memberikan setinggi-tinggi darjat buat Opah di syurga Firdaus Allah... Amin... Al-Fatihah," kongsinya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Ziela Jalil


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: