30 March 2019
DAH BERI PELUANG MOHON MAAF - LINDA RAFAR TUNTUT GANTI RUGI RM2 JUTA
Memaklumkan bahawa peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) kerana menjejaskan reputasinya, pelakon dan penyanyi, Linda Rafar berkata, tindakan itu diambil selepas berbincang dengan peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan dan kerana tidak melihat sebarang reaksi positif daripada pihak DON.
"Peguam saya sudah menghantar surat tuntutan itu kepada pihak DON semalam. Namun, nampaknya masih belum ada sebarang maklum balas. Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf.
"Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang. Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.
"Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata," katanya.
Klik untuk gambar besar
Peguamnya, Nurul Hafidzah menggesa orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit.
"Kami menggesa orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi berkenaan perkara ini sebelum keputusan dikeluarkan oleh pihak mahkamah," tuturnya.
Januari lalu, Linda menuntut lebih 100 individu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan atau berdepan tindakan saman daripadanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Linda Rafar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment