30 March 2019

TAHNIAH - ANAK NORMAH DAMANHURI, AHYA ROSLI & PASANGAN SELAMAT NIKAH


Pada tanggal 29 Mac 2019 waktu petang ... anak kepada pelakon veteran, Normah Namanhuri iaitu Ahya Rosli yang juga pelakon dan model itu telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Shahirah Sanusi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian.





Perkara tersebut disahkan oleh Normah sendiri: "Alhamdulillah... Ya betul, Ahya sudah selamat menjadi suami.

Pada majlis akad nikah itu, Ahya atau nama penuhnya Ahya Ulumuddin Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan sebentuk cincin kepada Shahirah, 27 tahun.

Manakala Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan. Pasangan tersebut turut melangsungkan majlis resepsi d lokasi yang sama pada sebelah malam.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Normah menerusi laman sosial Instagram miliknya meninggalkan catatan memberi kata-kata nasihat kepada anaknya itu selepas bergelar suami.

"Anak soleh mama.. janji Allah adalah benar..rencananya adalah yang terbaik. Allah juga yang memilihkan jodoh bagi setiap insan dan pilihan Allah pasti yang terbaik. ⭐

"Jantung hati mama.. jantung rumah adalah seorang isteri.. jika hati isteri mu tidak bahagia.. maka seisi rumah akan hambar.. tiada canda tawa, manja..dan juga perhatian.



"Youngboy pesan mama.. sayangi lah isteri mu.. agar dia bahagia dan anak mama akan merasa seperti di Syurga Allah swt.

"Cinta hati mama.. mama sentiasa mendoakan agar pernikahan Youngboy dan Ira diberkati kekal bahagia Didunia dan Akhirat. Aamiin Yarobbalalamin... đź’—~ mama #29mac2019 #bigday #ahyađź’Ťira," tulisnya.

Untuk makluman, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu selepas setahun berkenalan.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Ahya Rosli, Shahirah Sanusi & Normah Namanhuri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: