13 March 2019

ISU VIDEO LUCAH - AIMAN TINO BERI KENYATAAN, AKAN AMBIL TINDAKAN


Kecoh media sosial sejak beberapa hari lalu, mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino. Malah ada pihak mengambil kesempatan dengan menjual video tersebut.





Susulan isu tular itu, rata-rata netizen ternyata-tanya adakah benar sama ada bahawa lelaki dalam video tersebut adalah Aiman? Kemudian, timbul pula dakwaan netizen mengatakan bahawa terdapat persamaan latar belakang video tersebut dengan bilik tidur penyanyi itu.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, akhirnya Aiman tampil memberikan kenyataan berhubung perkara itu, Aiman menerusi laman Instagram mengatakan pihaknya kini sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pihaknya memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika ada mana-mana pihak yang cuba membangkitkan semula isu tersebut sehingga menjadikannya berlarutan.

Terdahulu, tular klip video lucah memaparkan seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip penyanyi itu. Bagaimanapun, kemaluan lelaki berkenaan ditutup menggunakan grafik.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pula artis dihimpit kontroversi dengan penyebaran video lucah, nampaknya macam ada sindiket yang seakan cuba untuk menjatuhkan mereka dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Apa-apa pun, kami harap Aiman tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpanya ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: