13 March 2019

ELFIRA LOY: "CERITA LAMA RAMAI TANYA, TENTU SAYA LALUI FASA HEARTBROKEN"


Masih diajukan soalan mengenai dirinya selepas putus tunang dengan penyanyi sufian Suhaimi dan sebab utama dia menerima lamaran suaminya, Faris Khairol Anuar, pelakon Elfira Loy berkata dia juga melalui fasa kecewa namun memilih untuk berdiam diri tanpa bercerita pada orang lain.





Bagaimanapun, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, yang mesra dengan panggilan El memberitahu ketika itu dia banyak berdoa dan percaya kepada ibu bapa serta keluarga.

"Hmmm cerita dah lama tapi ramai tanya. Sudah tentu saya lalui fasa heartbroken (kecewa) juga. Tapi El diam tak cerita kat orang. Tak tunjuk dan tak beri maklum balas apa-apa sebab blur (keliru). Tapi El banyak berdoa dan hanya percaya pada ibu bapa dan keluraga. Sikit-sikit benda tu kita akan nampak bayangan dia.

"Tapi kita kena percaya itu adalah pertunjuk Allah. Dengan keredhaan dan kepercayaan kepada Allah SWT, Allah akan gantikan dengan kebahagiaan Insya-Allah," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Elfira yang berkahwin dengan Faris yang juga anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort, Cyberjaya itu berkongsi perkara tersebut bagi menjawab soalan pengikutnya menerusi pertanyaan di InstaStory miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Kerna Syurga Bukan Percuma' itu juga diminta memberi pendapat mengenai segelintir netizen yang masih kritik dirinya biarpun selepas berkahwin.

Menurut Elfira, seseorang itu akan sentiasa ingin mencari bahan untuk hatinya yang tidak baik dan dia perlu memberi teguran bahawa apa yang dilakukan individu tersebut adalah salah.

"Kalau hati tak baik, dia akan sentiasa cari bahan untuk beri hati dia yang tidak baik. Kadang-kadang mereka tak sedar. Sebab apa? Sebab kita suka 'tak apa biarlah mereka'. Jadi kadang-kadang kita kena juga bagi bayangan 'Hello apa yang awak buat ni adalah salah'," kata Elfira.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: