Sebelum melahirkan anak keduanya itu yang dijangka bakal melahirkan anak keduanya pada Ramadan atau Hari Raya Puasa tahun ini, rakan-rakan pelakon Hanis Zalikha telah mengadakan sambutan 'baby shower' bertemakan Hari Raya.

Menariknya, sambutan 'baby shower' itu diraikan seperti sambutan Hari Raya. Rakan-rakan Hanis berbaju kurung dan menyediakan juadah raya sebagai santapan majlis terbabit.
Hanis berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Hanis turut berkongsi gambar-gambar ketika 'baby shower' tersebut.
Klik untuk gambar besar

"Happy breakfast 😢😍 Potluck baby shower tema Raya haha siapa selalu beranak time puasa/Raya pasti memahami 🤪 Terima kasih kawan-kawan yang melayan weekend lepas, datang bawa juadah Raya untuk sahabat mereka yang InsyaAllah bakal berpantang (lagi) time Raya 🤭," tulisnya.
Untuk makluman, Hanis dan Hairul yang mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan popular Yusuf Iskandar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hanis Zalikha
________________________

No comments:
Post a Comment