02 March 2019
KELUAR RUMAH LEPAS SAMBUTAN - BELLA DEDAH ALIFF TAK BALIK HINGGA KINI
"Aliff sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia di rumah pada 17 Februari lalu ketika saya membuat sambutan hari jadi yang ke-28 untuknya. Dia masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia malu atas perbuatannya itu.
"Apatah lagi, bukti video yang ada turut diketahui keluarga saya," demikian kata Bella Astillah yang mendedahkan perkara sebenar dimana dia tidak tahu dimana suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berada kerana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah selepas dakwaan keluar berhibur di kelab hiburan bersama pelakon Oktovia Manrose.
Menurutnya lagi, dalam pertemuan semalam mereka tidak berjumpa di rumah. Kata Bella lagi, pergaduhan yang tercetus membuatkan Aliff mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Ujarnya lagi, kejutan sambutan hari jadi Aliff yang dirancang bertukar menjadi biasa disebabkan pertelingkahan antara mereka.
"Pada hari itu kami bergaduh disebabkan mesej WhatsApp daripada Via (Oktovia) yang dipadam dalam telefon Aliff. Kalau betul tidak ada apa-apa, kenapa kena buang?. Saya cakap, dalam rumah tangga tidak boleh hidup begini iaitu diselubungi penipuan.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak mahu hidup dalam keadaan tidak sihat. Namun, sambutan hari jadi terpaksa diteruskan sebab segala persiapan sudah dibuat termasuklah jemputan dalam kalangan keluarga saya. Keesokan harinya dia terus keluar rumah hinggalah sekarang," tuturnya.
Dalam pada itu, Bella memberitahu dia menyedari perubahan sikap suaminya selepas selesai pengambaran telefilem yang turut dibintangi oleh Oktavia. Ujar Bella lagi, dia turut menemani Aliff di lokasi pengambaran dan mereka tiada sebarang masalah sejak hari pertama hingga kelima di lokasi.
"Malah, saya juga bertegur sapa dengan Via. Saya jenis yang positif dan tidak mahu fikir bukan-bukan. Biarpun mak menasihati supaya jangan terlalu baik dengan orang. Dalam perjalanan pulang, Aliff sudah menunjukkan perubahan.
"Dia tukar kata laluan telefon. Apabila ditanya, dia tidak mahu berkongsi. Walaupun sebenarnya ketika di sana saya sudah tahu apa yang terjadi antara mereka," ujarnya pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah.
Sementara itu, isteri Aliff itu memerlukan masa untuk bertenang sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kemelut rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu.
"Saya memerlukan masa sebelum memutuskan apa-apa, selepas ini. Saya juga harus membuat pertimbangan yang wajar demi kehidupan pada masa akan datang. Dalam keadaan sekarang, saya perlu bertenang. Saya risau ada sahaja yang tidak betul jika sesuatu keputusan dibuat sekarang," jelasnya.
Bella berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya membabitkan rumah tangga selepas sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila Aliff, 28, didakwa menjalinkan hubungan bersama gandingannya dalam telefilem, 'Dosa Itu Bukan Miliknya' itu.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Instagram Bella Astillah, Aliff Aziz & Oktovia Manrose
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment