02 March 2019

SELAMAT DILAHIRKAN - ZIZIE IZETTE & BUNG MOKTAR TIMANG 'BABY GIRL'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapakan kepada pelakon Zizie Izette, 40, dan suaminya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 59, atas kelahiran cahaya mata perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta, pada pada jam 12.06 tengah hari semalam (1 Mac 2019).





Berita gembira ini telah diumumkan oleh Zizie sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memaklumkan bayi perempuan tersebut telah dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram dan berada dalam keadaan sihat.

"My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She's a healthy baby weighing 3.32kg. Thank god, it's a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa," tulisnya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad dan Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009. Pasangan itu sebelum ini telah dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 29 Disember 2017 dan kini berusia 14 bulan.

Selain itu, pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette berusia setahun.

Semoga dengan kelahiran 'baby girl' ini akan memeriahkan dan merapatkan lagi hubungan Zizie sekeluarga. Sama-sama kita doakan agar si bayi membesar dengan sihat.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Rotikaya, Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: