01 March 2019

MAHU BERSEMUKA DENGAN OKTOVIA - BELLA TEGAS TAK AKAN BUANG STATUS ITU


"Permohonan maaf itu ditulis di IG Story. Apa boleh dikatakan, saya tahu kesalahan mereka. Dan apa yang saya muatnaik di IG semalam cukup kuat untuk mendedahkan perlakuan mereka di belakang saya. Selepas apa yang dia buat dengan suami saya, begitu mudah permohonan maaf itu dikeluarkan.





"Macam Via (Oktovia), dia patut faham perasaan saya sebab pernah berkahwin dan ada anak. Saya ramai juga kawan perempuan yang bermasalah dengan suami, tapi tidak sampai tahap mahu berjumpa lelaki lain.

"Apa mereka buat adalah jumpa kawan perempuan dan kongsi," kata Bella Astillah yang menyifatkan pelakon Oktovia Manrose sebegitu mudah memohon maaf melalui media sosial sahaja dan ujarnya, wanita itu sepatutnya lebih sensitif kerana pernah berkahwin dan memiliki anak.

Susulan kontroversi rumah tangga Bella dan suaminya Aliff Aziz, Oktovia akhirnya mengakui kesilapan beliau dan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella menerusi akaun Instagramnya kelmarin.

Bagaimanapun, Bella percaya wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya sejak dua minggu lalu ketika berlakon bersama dalam telefilem, 'Dosa Itu Bukan Miliknya'.

Klik untuk gambar besar


Kata Bella, beliau sudah pun berjumpa dengan suaminya itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan pada masa yang sama sudah menunjukkan bukti rakaman video yang dikirimkan kepadanya.

Bella berkata, tujuannya berjumpa Aliff disebabkan ingin menunjukkan bukti selepas dicabar suami dan dia pula bukan jenis yang main cakap saja. Tiada apa lagi yang Aliff boleh katakan selain meminta maaf kerana terbukti beliau curang.

Namun, mereka berdua tidak berbincang mengenai masa depan perkahwinan yang sudah dibina selama tiga tahun itu. Sejujurnya, setiap kelukaan yang dirasakan membuatkan Bella tawar hati dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

"Saya mahu berjumpa mereka berdua. Tetapi, Via menolak. Jadi, saya hanya jumpa Aliff. Pada mulanya, dia masih ingin menegakkan benang basah dan menafikan semua dakwaan saya.



"Namun, selepas saya menunjukkan bukti video itu, dia terdiam. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi selain minta maaf. Dia mengaku bersalah dan sedar perbuatannya itu salah.

"Soal perkahwinan kami, Aliff tidak cakap apa-apa pun. Macam saya sendiri, sejujurnya saya memang sudah tawar hati. Saya reda saja apa yang berlaku selepas ini. Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Saya hanya mampu berdoa dan diberikan petunjuk yang terbaik.

"Mungkin secara luaran saya nampak lemah, tetapi tidak. Malah, mereka silap jika beranggapan sedemikian. Apa yang berlaku ini, Tuhan nak tunjuk kepada saya. Saya kalau boleh tidak mahu hidup dalam penipuan, cukuplah," jelasnya.

Menurutnya, sepanjang lima tahun mengenali Aliff, dia bertahan disebabkan kedua ibu bapa dan adik-beradik suaminya terlalu baik. Malah Bella berkata, dia juga tidak pasti sama ada boleh memaafkan dan masih ingin memberi peluang ketiga, keempat dan seterusnya kepada Aliff selepas sekali lagi mengkhianati kepercayaan dan peluang diberikan.



"Apabila melihat video ini, sebagai isteri tentu saja hati terluka dan sedih. Pedih rasanya apabila suami sekali lagi mengkhianati kepercayaan dan peluang diberikan. Malah, sebagai manusia biasa saya tidak boleh cakap boleh maafkan atau takkan maafkan.

"Perkara ini akan ambil masa. Apa saya boleh katakan, hanya mampu berdoa supaya diberikan yang terbaik. Saya anggap ini pengajaran terbesar dalam hidup dan perkahwinan kami.

"Saya berasa seperti ditikam belakang kerana baik dengan Via ketika dia mula berlakon dengan suami. Saya juga masih tidak boleh hadam ayat yang dihantar ketika ditanya adakah dia menjalin hubungan dengan suami," tuturnya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, juga bertegas tidak akan membuang status dan paparan skrin perbualan yang didakwa mendedahkan kecurangan suaminya di IG semalam.

"Saya takkan buang status itu. Saya berfikir banyak kali sebelum memuatnaik. Saya tidak berasakan ia tindakan salah atau terburu-buru. Malah, saya masih berfikir dan sedang berbincang dengan keluarga sama ada mahu memuat naik bukti video di IG atau tidak," tegasnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Bella Astillah & Oktovia Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: