17 March 2019

"MASIH BELAJAR MENJADI USAHAWAN, MULA KECIL-KECILANLAH" - MARSHA


Bakal melancarkan produk kosmetik sendiri menerusi kolaborasi bersama isteri Hazama, Genervie Kam, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata, produk itu bertemakan pemerkasaan wanita dan akan mengeluarkan beberapa rangkaian produk lain selain kosmetik.





"Saya dan Genervie berkolaborasi untuk mengeluarkan produk kosmetik dengan mengangkat tema 'women empowerment'. Barangan yang akan dikeluarkan demi mengangkat martabat golongan wanita dan menjadikan wanita lebih yakin.

"Cuma setakat ini kami akan keluarkan produk kosmetik terlebih dahulu sebelum meneruskan produk lain. Saya pun masih belajar menjadi usahawan, jadi mula kecil-kecilanlah terlebih dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha tampil dengan single terbaharu berjudul 'Bimbang' yang bakal dimuatkan dalam drama bersiri popular 'Nur 2'.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Marsha Milan Londoh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: