18 March 2019

"TAK MAHU SEKADAR 'BALUT' AURAT" - CHE TA MAHU BERFESYEN PATUH SYARIAH


"Semenjak awal tahun ini sebenarnya saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna dengan mengenakan pakaian yang longgar. Saya tidak mahu sekadar 'balut' aurat tapi sebenarnya tidak sempurna malah dosanya sama sahaja dengan tidak menutup aurat.





"Alhamdulillah perlahan-lahan saya cuba ubah ke arah lebih baik dan paling penting istiqamah dalam melakukan sesuatu," demikian kata pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang kini dalam usaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

Ujar Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, bukan hanya sekadar memakai tudung, beliau juga mahu berfesyen ke arah patuh syariah seperti yang dituntut dalam Islam.

Klik untuk gambar besar


Che Ta dikenali sebagai selebriti yang sering tampil dengan pelbagai fesyen yang unik, kata orang, kalau Che Ta pakai apa pun, mesti akan nampak anggun dan cantik. Namun, sejak kebelakangan ini Che Ta nampaknya lebih selesa mengenakan pakaian seperti jubah dan baju kurung yang agak longgar.

Memang bukan mudah untuk melakukan perubahan tetapi jangan mudah putus asa. Perasaan ikhlas untuk berubah ke arah lebih baik akan hadir dengan sendiri dan kami doakan agar Che Ta teus istiqamah.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: