18 March 2019

TUMPANG MANJA ANAK ORANG - MARK ADAM PUNYAI SEBAB TAK AMBIL ANGKAT


"Kami percaya ada hikmah mengapa belum dikurniakan zuriat. Saya dan isteri berpeluang 'menjaga' anak orang lain iaitu kanak-kanak yang mengikuti kelas vokal kami. Biarpun mereka bukan darah daging sendiri, kanak-kanak itu melengkapi hidup kami.





"Mereka sangat 'manis'... Tidak cukup itu, anak-anak Siti Sarah dan Shuib juga akrab dengan saya dan isteri," kata penyanyi Mark Adam yang menjadikan sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti kelas vokal anjurannya, seperti anak sendiri.

Reda belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Mark memberitahu, dia dan isteri, Nor Azad Redzuan menumpang manja dengan sekumpulan anak-anak berusia lima hingga 12 tahun yang disifatkan pelengkap hidup mereka.

Mark berkata, selepas 16 tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat, dia dan isteri tidak pernah berhenti berusaha termasuk berdoa di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah, akhir tahun lalu.

"Namun, hal zuriat ini bukanlah tekanan buat kami... Kami berserah menunggu rezeki. Benar, ketika mula-mula berkahwin, saya dan isteri ada membangkitkan, kenapa selepas beberapa tahun bernikah, kami belum menimang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


"Namun, penantian kami bersulam kesabaran. Kami faham, soal anak bukan ada ketentuan sendiri dan percaya ada hikmah di sebalik semua ini," tuturnya.

Mark berkata, dia dan isteri pernah terdetik mengambil anak angkat. Tambah Mark, dia percaya, waktu dinanti-nantikan untuk dirinya bergelar bapa, akan tiba.

"Namun, selepas berfikir panjang, saya dan isteri melihat kesan jangka panjang. Biarpun kita menandatangani kontrak secara sah, ibu kandung anak terbabit tidak dapat dipisahkan.

Mungkin ini isyarat untuk kami terus berusaha mendapatkan zuriat. Saya akur ini semua urusan Tuhan," ujar penyanyi lagu 'Amnesia' itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mark Adam & Nor Azad Redzuan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: