18 March 2019

TUNAI UMRAH NOVEMBER DEPAN - ZAMANI CARI ANAK TAHFIZ UNTUK BAWA BERSAMA


Memberitahu dia bakal menunaikan umrah pada bulan November depan bersama pengurusnya, Aalan Ahmad dengan mendapat tajaan, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, berkata dia ingin mencari seorang pelajar tahfiz untuk ditaja dan dibawa bersamanya.





"Insya-Allah kalau diizinkan Allah, saya akan menunaikan umrah pada November depan. Memang dah simpan niat dah lama tapi rezeki datang bersama tajaan. Saya akan tunai umrah bersama pengurus saya iaitu Aalan. Insya-Allah saya ada niat nak mencari seorang anak tahfiz untuk bawa bersama.

"Untuk bahagian saya pula akan menaja umrah dia sepenuhnya. Tapi buat masa sekarang ini masih dalam perbincangan," katanya ketika ditemui Majlis Apresiasi Media Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zamani memohon tiada lagi mana-mana pihak mengaitkan lagu terbaharunya iaitu 'Aduh' dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri siti Nurhaliza.

Klik untuk gambar besar


Kata Zamani, lagu ciptaan bersama penyanyi Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam itu sememangnya ada kena mengena dengan kisah kehidupan peribadinya namun ia secara general.

"Saya telah berulang kali memberi penjelasan berhubung perkara ini. Saya berpendapat tidak sopan untuk terus memberi komen mengenai isu ini. Dia (Siti Nurhaliza) telah bergelar isteri dan ibu. Saya khuatir orang di luar sana berpendapat saya enggan meneruskan kehidupan. Saya sudah 'move on'.

"Ya, 'Aduh' adalah sebuah lagu mengenai patah hati. Ada juga pengalaman saya tapi ia dicipta secara general bukan ditujukan kepada sesiapa pun," ujarnya mengenai lagu 'Aduh' edaran Warner Music yang telah dilancarkan di Youtube dan mencatatkan satu juta tontonan dalam tempoh seminggu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: