17 March 2019

ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - SYAMSUL & SARAH NAMAKAN 'SUMAYYAH'


"Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.. Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi. Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.





"Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran," tulis pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada pukul 3.30 petang semalam (Sabtu).

Syamsul yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu turut memuatnaik dua keping foto bersama puterinya diberi nama 'Sumayyah' yang dilahirkan dengan berat tiga kilogram.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan sebelum ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam yang kini berusia 2 tahun.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan, Instagram Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: