17 March 2019

"KAMI PERLU SEKEPALA" - FORTEEN MAHU KEKAL BERTIGA


Mengakui terkesan dengan ketiadaan bekas anggotanya, Izzue Islam selepas penyanyi dan pelakon itu menarik diri daripada kumpulan itu, Ariz Lufias yang mewakili kumpulan trio, Forteen yang dianggotai One, Ameer dan dirinya itu berkata, mereka perlu terus bergerak ke hadapan dan berkarya.





"Ketiadaan Izzue dalam Forteen memang sangat dirasakan. Namun, mahu atau tidak, kami perlu hadapi situasi ini dan terus bergerak ke hadapan," katanya.

Forteen yang baru melancarkan single pertama mereka sejak muncul bertiga berjudul 'Diam Saja' berkata, mereka tidak akan mengambil anggota baru.

"Kami akan bergerak secara bertiga. Kalau nak ambil anggota baru, proses nak mengenali satu sama lain itu pun sudah memakan masa lama.

Klik untuk gambar besar


"Lagipun, untuk menjadi artis berkumpulan, kami perlu sekepala dan tidak boleh hanya ikut kepala sendiri. Jadi, mungkin lebih senang bertiga," ujarnya.

Sebelum 'Diam Saja', Forteen pernah merakamkan single ketika Izzue masih bersama mereka, tetapi tidak dikeluarkan.

"Tak mustahil di masa depan, kami akan keluarkan juga single itu kerana ia sudah siap dirakamkan," tuturnya.

'Diam Saja' yang baru dilancarkan juga kini menjadi runut bunyi drama bersiri Cinta Non Grata yang akan ditayangkan di slot Lestary, TV3 bermula 21 Mac ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Forteen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: