17 March 2019
ZARINA ANJOULIE: "KETA AKU PROTON TAPI HARI2 AKU MAMPU MAKAN UDANG GALAH"
"Yeay... new day new car 🚗 🚗 Biar la proton je yang penting bukan no plate bukan register under nama cina mana entah ok 🤣🤣💋 beli apa yg afdal n sesuai dgn ekonomi sendiri. Tak sanggup aku nk angkot merc Tapi terkinja2 nk bayar kang Pastu makan maggi Pastu kang kena tarik 🤣.
"Sebelum kau cakap ha proton je ... let me tell u that I had my first bmw when I was 25 n guess what worse decision ever . Sebab nk cam korang la giler glam nk show off... Tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit Kalau takde 2k tak yah cite end up Bila jual balik value jatuh nk mati aku rugi.. utk apa ??
"Semua utk kebodohan aku nk show off... I don’t need all that now . I'm happy with my life keta aku proton Tapi hari2 aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak bmw makan ikan reject kat pasar," demikian kata pelakon Zarina Anjoulie yang berkongsikan perkhabaran gembira di mana dia baru sahaja membeli kereta baru buatan Malaysia.
Perkongsiannya itu menjadi perhatian dimana Zarina memberitahu dia lebih sanggup mengambil kereta itu daripada membeli kereta jenama mewah tetapi akhirnya tak mampu untuk membayarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zarina turut menempelak netizen yang memandang rendah dengan pilihannya membeli kereta kebangsaan itu. Kata Zarina lagi, dia pernah membeli sebuah kereta jenama mewah ketika berusia 25 tahun dan mengakui ia keputusan paling teruk pernah dilakukannya.
Semua mengetahui mengenai Zarina sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya.
Betul apa yang dikatakan oleh Zarina. Janganlah beli kereta mewah semata-mata nak menunjuk tetapi akhirnya memakan diri. Lebih baik jika kita ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Zarina Anjoulie
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment