15 March 2019

SERING DISOAL ISU KAHWIN - SHIHA ZIKIR ENGGAN ULAS LAGI, TAK BERANI


Sebelum ini kerap diajukan pertanyaan bilakah akan berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Arul memandangkan sudah 10 tahun bercinta, penyanyi Shiha Zikir, 32, mengakui enggan lagi mengulas soal mendirikan rumah tangga.





"Saya tak berani cakap bila akan berkahwin. Perancangan memang ada tetapi belum tahu bila ia akan berlangsung. Setiap kali ada yang bertanya mengenai perkara ini, saya akan beritahu sama ada hujung tahun atau menyatakan tarikh yang dirancang.

"Namun, apabila rancangan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan, orang akan cakap macam-macam. Saya belajar daripada pengalaman dan memilih untuk tidak mengulas mengenainya lagi," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Jagakan Dia' itu, kekasih yang juga pengurusnya turut meminta agar dia fokus kepada karier seni terlebih dulu. Ditanya sama ada sepanjang 10 tahun itu dia pernah didekati lelaki lain, Shiha tidka menafikannya.

"Dia tidak terlalu mendesak saya untuk berkahwin. Dia mahu saya fokus melebarkan kerjaya seni. Bohonglah kalau saya cakap tak ada. Sebelum ini ada orang kenamaan cuba mendekati saya tetapi saya tolak dan Arul pun tahu.

"Kalau mereka nak jumpa saya akan ajak Arul. Jadi, mereka akan batalkan pertemuan itu dan berundur," ujarnya yang akan terbang ke Indonesia untuk menjalani penggambaran video muzik single 'Pipiyama'.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Shiha Zikir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: