15 March 2019

TIMANG ANAK LELAKI - MAWAR & RAF NAMAKAN 'RADEN MUHAMMAD RAFAEL'


Menerusi laman Instagram, pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah mendedahkan nama anak sulung mereka yang merupakan lelaki dilahirkan pada malam Rabu lalu dengan memilih nama 'Raden Muhammad Rafael'.





"Assalamualaikum dan Salam Jumaat. MawaRaf nak kenalkan baby kami kepada semua. It's a healthy 3.4kg baby boy. We named him RADEN MUHAMMAD RAFAEL πŸ‘ΌπŸ» @radenrafaelraf," tulis pasangan itu menerusi laman Instagram masing-masing.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata pengikut Mawar dan Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan Cef, Dato Fazley Yaakob ini mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka itu.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: