16 March 2019

TAMATKAN SPEKULASI - MIRA FILZAH AKUI TAK 'TERIKAT' DENGAN SESIAPA


"Sekarang ini tidak terfikir apa-apa lagi. Cuma, tidak tahu kalau ada tiba-tiba datang, ada jodoh dan serasi. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa. Buat masa sekarang tidak terikat dengan sesiapa pun.





"Remy tak ada apa-apa, Zizan pun tak ada," demikian jelas pelakon popular Mira Filzah yang mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan sama ada dengan pelawak, Zizan Razak atau pelakon, Remy Ishak seperti yang digosipkan baru-baru ini.

Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, buat masa sekarang dia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Mira yang mencipta fenomena menerusi drama 'Pujaan Hati Kanda' di TV3 baru-baru ini berkata, tidak ada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung seperti diperkatakan.

Klik untuk gambar besar


"Jadual kerja saya sibuk hingga hujung tahun ini. Saya akan terbabit dengan dua penggambaran drama selepas Aidilfitri. Jadi, memang tidak ada apa-apa akan berlaku terutama dalam soal peribadi. Lupakan hasrat nak naik pelamin tahun ini. Tamatkanlah spekulasi itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mira giat menjalani latihan 'indoor skydive' selepas dilantik menjadi duta Persatuan Payung Terjun Malaysia (MyPA), Februari lalu.

"Mungkin ramai tidak tahu, sukan ini pun ada di peringkat dunia. Jadi, saya mengikuti latihan ini. Saya tidak ada niat apa-apa lagi, cuma kalau ada rezeki mana tahu boleh mewakili negara bagi kategori wanita kerana tidak pernah ada wakil yang masuk pertandingan ini.

"Buat masa sekarang saya hanya mengikuti latihan dulu. Sekurang-kurangnya sebagai duta, saya tahu buat dan tidaklah saya tak tahu apa-apa," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: