16 March 2019

RIDUAN: "TIADA APA-APA NAK SAMPAIKAN... TUNGGU PEGUAM SAYA BALIK"


Mengenai kenyataan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka sehingga jam 6 petang semalam dan selepas tidak hadir pada sidang media pada sebelah paginya, bekas pemandu, Muhammad Riduan Mohamad Mizol ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp berkata, dia sudah mewakilkan abang angkatnya untuk menghubungi peguam Che Ta.





"Saya tiada apa-apa nak sampaikan. Saya sekarang bertugas di Kelantan. Tunggu peguam saya balik dari luar negara pada 20 Mac ini. Dia yang akan menguruskannya," katanya.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Che Ta berkata, peguamnya Wan Sarimah Wan Husain sudah menghantar notis ke rumah, menghubungi telefon bimbit serta menghantar mesej menuntut dia hadir pada sidang media yang diadakan semalam. Bagaimanapun, panggilan berkenaan tidak berjawab.

Menurut Che Ta, dia terpaksa mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya gagal memenuhi tuntutan itu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, kemelut antara Che Ta dan Riduan tercetus apabila bekas pemandunya itu memuat naik luahan tidak puas hati terhadap pelakon berkenaan menerusi Facebook. Riduan mendakwa dirinya menjadi mangsa aniaya pelakon itu apabila gajinya tidak dibayar.

Dalam kenyataan balas, Che Ta memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Riduan yang perkhidmatannya disifatkan tidak memuaskan.

Che Ta kemudian melunaskan tunggakan gaji sebanyak RM2,000 dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pekerjanya itu kerana menyebarkan cerita yang tidak benar di samping mahu Riduan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, ketika itu Riduan enggan memohon maaf secara terbuka kerana masalah itu bukan bermula daripada pihaknya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: