16 March 2019

BILA ALHA ALFA MAKE-UP JIHAN MUSE GUNA WARNA AIR BUNCHO


"Kalau nak tahu, Jihan adalah artis pertama yang saya sentuh dan berkarya. Zaman UiTM dulu, weekend nak cari duit lebih saya make up untuk production. Pastu Jihan antara pelakonnya. So teringat satu ketika ni, saya kena makeup Jihan jadi hantu. Barang make up tak banyak, nak beli make up effect duit tak mampu... mahal.





"Sudahnya saya pakai tisu dan watercolor jenama Buncho! Sapu satu muka Jihan. Jihan tanya saya 'babe, panas la muka I.. memang rasa gini ke?'" Saya pun bisik... Jihan, ni je yang Alha ada, sorry naa..

"I janji pakai sikit je," kongsi jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang berkongsi kenangan ketika awal perkenalan dengan pelawak wanita tersohor tanah air, Jihan Muse.

Klik untuk gambar besar


Dedah Alfa, Jihan merupakan selebriti pertama yang disoleknya ketika mula menceburkan diri dan berkongsi pelbagai kisah suka duka bersama-sama. Namun, kata Alha perkara yang lebih menarik berlaku selepas solekan hantu itu.

"Lepas settle make up Jihan shoot jadi hantu kena duduk kat area longkang. Perangai Jihan duk huha esoknya pergi set dua-dua kena gigit hantu. Dia kena kat paha, besar tapak tangan. Saya kena kat lengan. Sejak itu saya rapat dengan dia," tambahnya.

Untuk makluman, Alha antara jurusolek yang menjadi pilihan selebriti terkenal termasuk Jihan, Zara Zya, Uqasha Senrose, Fasha Sandha dan ramai lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alha Alfa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: