29 March 2019

TAYANG 'BABY BUMP' - JULIANA EVANS BAKAL BERGELAR IBU 3 BULAN LAGI


Alhamdulillah... kami ucapkan kepada pelakon Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj kerana bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.





Juliana mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik foto beliau memegang 'baby bump' yang sudah semakin jelas kelihatan.

Pelakon filem 'Bella & Jamie' itu yang berkahwin dengan Tengku Shariffuddin pada April 2017 itu memberitahu, dia bakal bergelar ibu dalam tempoh tiga bulan lagi dan kini usia kandungan sudah memasuki usia 5 bulan.

Klik untuk gambar besar


"Hello 'bump' 👋 #5months. Check out my Insta story for further details 🤰 @femalemag. So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! ❤️

"Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes 😘 #alhamdulillah," tulisnya.

Rata-rata rakan artis dan peminat begitu teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar kandungan Juliana membesar dengan sihat. Ada juga yang memuji betapa cantik dan berserinya beliau.












www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Juliana Evans


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: