20 March 2019

TUNAI UMRAH - NETIZEN BERHARAP & DOAKAN EMMA KEMBALI BERTUDUNG


Semua mengetahui mengenai nama pelakon Emma Maembong yang menjadi bualan hangat dan dikecam hebat bulan lalu oleh netizen susulan tindakannya yang membuka tudung selepas lima tahun berhijab. Bagaimanapun tidak lama kemudian nama Emma senyap sahaja dan mungkin kemarahan netizen sudah mulai reda.





Terbaru, difahamkan Emma kini berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama ayah, Ismail Embong dan kakaknya, Coddy Maembong. Menerusi Insta Story, Emma berkongsikan video di Masjid Nabawi dan turut memuatnaik gambar ayahnya.

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen negatif oleh netizen. Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen biadap dan berbaur sindiran.

Klik untuk gambar besar


Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen masih berharap agar pelakon itu dibukakan hati untuk kembali berhijab seperti dahulu. Malah ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan, mendapat umrah yang mabrur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Ada saja serba tak kena di mata netizen. Lebih baik jika kita doakan yang baik-baik saja untuk Emma. Apapun, kami mendoakan semoga segala urusan Emma sekeluarga dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: