24 March 2019

VANIDAH IMRAN: "TIADA APA LAGI..... SAYA TAK MAHU MEMANJANGKAN HAL INI"


"Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami.





"Tiada apa lagi yang saya mahu ucapkan. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini," demikian kata pelakon, Vanidah Imran, 45, ketika mengulas berita perpisahannya dengan bekas suami, Rashidi Ishak, 45, yang hangat diperkatakan ketika ini.

Pada Rabu lalu, Rashidi mengumumkan berita perpisahannya dengan bintang 'Red Kebaya' itu menerusi laman sosialnya. Menurut pelakon yang juga pemuzik itu, mereka bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi rumah tangga yang dibina sejak 1 Oktober 2000 itu, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.

Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 itu juga berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan aktiviti lakonan.

"Saya akan terbang ke sebuah negeri, minggu depan, untuk menjayakan sebuah naskhah berjudul Cinta Kamek. Turut berlakon bersama saya ialah Tony Eusoff," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Vanidah Imran


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: