03 April 2019

40 FOTO 'BABY SHOWER' - NOURUL JATUH TANDAS, SYUKUR KANDUNGAN SELAMAT


Memberitahu dia terjatuh ketika berada di dalam tandas berikutan leka dan terlalu banyak berfikir, penyanyi Nourul wahad bagaimanpun bersyukur kandungannya yang kini berusia lapan bulan selamat dan berada dalam keadaan baik.





"Gatal fikir macam-macam sampaikan tak fokus. Lepas tu, jatuh dalam tandas. Alhamdulillah bayi saya tak tak ada apa. Syukur Alhamdulillah, semuanya okey. Dah buat pemeriksaan doktor. Baby kuat. Sykur tak ada berlaku," katanya menerusi Insta Story semalam.

Sebelum ini, Nourul pernah berkongsi detik cemas dia terjatuh disebabkan cuba menghentikan anak lelaki bongsunya, Raphael Depp yang sedang bergerak laju bermain ski pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Noorul Huda Abdul Wahab, 41, mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan kandungannya yang bakal lahir pada Mei depan.

Klik untuk gambar besar


"Hari ini (Selasa) nak berehat sahaja. Tak mahu fikir bukan-bukan. Hari untuk berehat. Fokus pada badan diri sendiri pula," ujarnya yang mengadakan majlis 'Baby Shower' baru-baru ini dan mendedahkan bakal melahirkan anak perempuan yang telah diberi nama iaitu Isabella.

Untuk makluman, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Hasil perkahwinan terdahulu dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007, Nourul mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.














































































www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: