03 April 2019

HAMPIR SEBULAN TINGGAL BERJAUHAN - BELLA AKUI MASIH ISTERI ALIFF AZIZ


"Kita berdua ambil masa untuk berjauhan. Hampir sebulan jugalah, sebab memang ramai yang tanya sama ada kami sudah pun berpisah. Bila orang asyik bercakap mengenai isu tersebut, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukannya hari ini gaduh, esok mahu bercerai, bukan mudah.





"Sebab itu kami ambil keputusan untuk berjauhan seketika dan perlukan masa untuk fikir semua aspek," jelas Bella Astillah yang memberitahu dia masih lagi isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai status rumah tangganya.

Bella juga turut mendedahkan mereka sudah hampir sebulan tinggal berasingan dan kini dalam tempoh bertenang. Selepas kontroversi panas bersama pelakon baru Oktovia Manrose, Aliff dilihat tidak lagi mengemaskini akaun Instagramnya. Malah, netizen juga tertanya-tanya mengapa tiada langsung gambar isterinya sebelum ini.

Ramai yang kurang senang dengan tindakan Bella yang meluahkan isi hatinya di media sosial, Bella memberitahu itu adalah caranya mengungkapkan kesedihan, dalam masa sama mahu memberi kesedaran kepada mereka yang senasib dengannya.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah tidak mahu ambil tahu. Mungkin masa itu saya ikut perasaan. Sebetulnya ia jadi pengajaran dan sebab itu saya bertindak memadam sesetengah entri yang dimuat naik.

"Semoga benda ini jadi iktibar untuk saya dan untuk mereka yang sudah bekeluarga. Pada orang mungkin ada yang anggap saya tak matang, kata telan je la apa yang jadi.

"Cuma ada ketika saya akan cakap kalau ada yang tidak selesa dengan apa yang Bella post, just unfollow. Ini cara Bella untuk meluahkan dan mewakili golongan wanita lain yang mengalami nasib yang sama. Lain orang lain cara," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Bella Astillah & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: