03 April 2019

MUATNAIK VIDEO KUDA MENGAWAN - ALIFF SYUKRI KENA KECAM, DIDESAK PADAM


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, jutawan kosmetik terkenal yang juga bergelar penyanyi, Aliff Syukri telah memuatnaik video menunjukkan kuda peliharaannya yang sedang mengawan.





"Comel tak kuda saya??.. kuda baru sy beli hnya di @sugeh.resort nak naik hnya rm20 jeee harga saudara mara.. syukur saya ada 3 ekorr esok siap jeee @sugehresortjandabaik sy nak beli 4ekor.. tag kawan korang yg ada kuasa kuat mcm kuda 😂," tulisnya pada video tersebut.

Bagaimanapun, video yang dikongsikan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang menyifatkan ianya tidak sesuai untuk tontonan umum. Kata netizen lagi, video tersebut tidak elok untuk dikongsikan memandangkan ramai pengikutnya di kalangan remaja dan kanak-kanak bawah umur yang sangat mudah terpengaruh.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta supaya Aliff memadam video berkenaan. Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang merasakan tindakan Aliff itu tidak salah.

Sebut saja nama Aliff Syukri, semenangnya usahawan ini sentiasa menjadi perhatian ramai ekoran kontroversi melanda dirinya. Meskipun sering dikecam teruk, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk maju ke hadapan.

Meskipun untuk tujuan pemasaran, diharap selepas ini Aliff akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang perkongsian di media sosial.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: