06 April 2019

8 FOTO - NELYDIA SENROSE KINI SAH ISTERI AHLI PERNIAGAAN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nelydia Senrose, 24, yang kini sudah sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, jam 3.28 petang tadi dengan sekali lafaz.





Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nelydia yang anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail itu meluahkan rasa syukur apabila segala perancangan sejak awal tahun berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Ujarnya lagi, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun ada sahaja halangan.

"Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah.

"Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu. Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik.



"Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan," katanya.

Berkongsikan detik perkenalannya dengan suami, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, memberitahu mereka pertama kali bertemu pada 6 April 2017 dan setahun kemudian Hafez melamarnya di Amsterdam, Belanda.

Difahamkan, pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama esok, manakala sebuah lagi majlis keraian akan diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.

Bintang 'Encik Suami Mat Salih Celup' yang sambil menyifatkan pasangannya itu seorang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya memberitahu, jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan turut diadakan di Kelantan pada musim Aidilfitri nanti.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, @jaydeesm, @cstproduction, @hafeznel & #myotherhafeznel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: