06 April 2019

'I DON'T CARE' DISALAH ANGGAP - ATIKAH SUHAIME JELAS IA BUKAN BERKAITAN MATI


Tidak peduli dengan sebarang kritikan atau kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya, pelakon Atikah Suhaime, 28, menerusi Instagram memuatnaik video pendek yang ditujukan khas untuk golongan yang gemar mengecamnya di laman tersebut.





"Halo bawang rangers, this is for you. Yassss 💁🏻‍♀️ #netizens #makcikbawang #Idontcare 😂😂😂 and as for my fans, I love you always. ❤️. Whatever, hukum saya keep on hukum sesiapa, sebab itu adalah kehidupan korang and I don't care," katanya.

Bagaimanapun, tindakannya itu telah disalah anggap sesetengah pengkiut sehingga mengaitkan kematiannya kelak juga tidak perlu dipedulikan.

Klik untuk gambar besar


Justeru itu, Atikah terpaksa menjelaskan semula maksud sebenar video tersebut iaitu merujuk kepada kata-kata negatif daripada netizen.

"Bukan soal mati. Di sini saya nak sampaikan, hiraukan apa orang nak cakap fasal kita. Sebab kalau kita positif, Insya-Allah hidup kita akan bahagia. Itulah saya ucapkan I don't care!," jawabnya pada muatnaik video berdurasi kurang 10 saat yang menerima lebih 150,000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut.

Pada 15 Mac lalu, Atikah dan penyanyi Awi Rafael sepatutnya mendirikan rumah tangga namun mereka membatalkan perkahwinan secara mengejut selepas setahun bertunang.









www.myartis.com / Sumber, foto & video: mStar & Instagram Atikah Suhaime


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: