24 April 2019

"APABILA SUDAH DEWASA, KITA PERLU LEBIH MATANG" - KAKA AZRAFF ENGGAN ULAS


Mengenai status persahabatannya dengan Che Puan Juliana Evans, penyanyi Kaka Azraff memberitahu dia dan pelakon itu sudah bawa haluan masing-masing sebelum berkahwin.





Hubungan mereka yang sebelum ini sebagai teman rapat dikatakan bermasalah apabila masing-masing dilihat berbalas kenyataan di Instagram mengenai hubungan mereka.

"Sebelum berkahwin, saya dan Juliana sudah bawa haluan masing-masing. Saya rasa itu jalan terbaik buat kami," ujarnya.

Terbaru, Juliana memuatnaik status di Instagram Story seakan-akan ditujukan kepada Kaka yang merujuk kepada gambar Kaka menggayakan serkup rambut berwarna biru yang tular, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Juliana dilihat memuatnaik gambar seorang wanita yang mengenakan serkup rambut daripada beg kain berwarna biru. Kaka berkata, dia enggan mengulas mengenai kenyataan Juliana di Instagram Story itu.

"Maaf, saya tidak mahu komen lanjut. Lagipun sekarang hidup saya lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin," tuturnya.

Penyanyi lagu 'Bukan Hal Aku' itu berkata, walaupun ramai bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dia enggan mengambil pusing.



"Saya tak mahu ambil tahu mengenai setiap kenyataan yang dikeluarkan. Lagipun aib orang, saya tak suka nak hebohkan.

"Walaupun ramai orang menghantar paparan skrin (screenshot) kenyataan Juliana itu kepada saya, tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Biarlah dia yang bercakap, tapi bukan dari mulut saya.

"Apabila sudah dewasa, kita perlu lebih matang. Lagipun masing-masing sudah ada keluarga dan arah kehidupan. Saya sedang bahagia bersama suami dan biar saya fokus dengan perkara yang lebih bermanfaat seperti perkembangan kerjaya," katanya.

Sebelum ini, hubungan mereka didakwa mula bermasalah apabila Juliana tidak dijemput ke majlis perkahwinan Kaka hujung tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Kaka Azraff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: