25 April 2019

FATHIA LATIFF ENGGAN BERSELINDUNG LAGI, SEDAR BERHIJAB KERANA KECEWA


"Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri. Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri.





"Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung," demikian kata pelakon Fathia Latiff yang membuat keputusab menukar penampilan dengan tidak lagi berhijab.

Selepas ramai selebriti yang sebelum ini mengambil keputusan tampil tidak lagi berhijab kini giliran pelakon drama 'Ariana Rose' pula melakukan perkara yang sama.

Fathia yang sebelum ini memuatnaik foto terbaharu tanpa memakai tudung muncul buat pertama kali dengan penampilan terbaharu itu di sebuah mahlis pertunjukkan fesyen pada malam Rabu.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama sebenar Nur Fathia binti Abdul Latiff, 32, yang kini berambut pendek berkata, tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Fathia memberitahu bahawa dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa sepanjang tiga tahun memakai hijab. tambahnya, dia juga bersedia untuk berdepan kecaman dan kritikan netizen terhadap imaj baharu itu.

"Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala," ujarnya yang membuat keputusan untuk berhijab penuh pada 1 April 2016.



Ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace, Fathia menjelaskan punca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

"Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan Alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

"Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini," jelasnya yang mengakui dia menyukai gaya rambut terbaharunya dan berharap ia turut diterima suatu hari nanti.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: